Sempena mak MY datang rumah,
Kami bawa la mak makan makan kat luar,
Dan macam biasa,
Restoran Kemangi Econsave Pontian la jadi pilihan.
Selain makanannya sedap sedap belaka,
Servisnya pantas,
Dan ada ramp untuk sorang kerusi roda.
Tapi mak kata,
Taknak naik kerusi roda,
Nak jalan je, tapi kena pimpin kiri kanan.
Gambar gambar makanan takde.
Lupa sebab dah lapar.
Lepas makan malam, kami bawa mak jalan jalan ambil angin di dataran Pontian,
Seronok anak anak.. main basikal…
Mula mula abang naik dengan adik Mijan,
Moq naik dengan Sarah,
Ucid naik dengan Aril.
Lepas tu masa dah habis masa,
Ucid, Aril dan Mijan naik satu basikal.
Ucid dan Aril, orang kedai basikal tu panggil diorang buat tak tahu je,
makin laju mengayuh... adoiai budak budak ni...
Mijan nak ambil gambar dengan Labubu.
Main lastik… main buih sabun…
Masa abang kecik kecik dulu,
Gasak je anak anak main air pancut kat Dataran tu,
Nasib baik la adik Mijan boleh dengar arahan dan faham bila kita tak bagi dia main air tu…
Ambil gambar kenangan dengan latar belakang Pontian adalah satu kemestian.
Maklumla, sejak MY pindah rumah, ni kali pertama mak MY datang rumah MY.
Sebab lepas MY pindah ke Pontian, mak terus tak boleh berjalan.
Tempurung lutut mak MY pecah.
Berdiri sikit sikit dan memapah tu boleh la…
Untuk orang yang sihat,
Kecederaan pada tempurung lutut tu sebenarnya boleh dirawat,
Tapi untuk mak MY yang merupakan pesakit kencing manis, darah tinggi dan jantung,
Pembedahan sangatlah berisiko tinggi,
Jadi doktor ambil keputusan untuk tak jalankan pembedahan ke atas mak.
jsebabkan itu, mak MY bergerak menggunakan kerusi roda aje sekarang.
Dah lima tahun dah rasanya sejak kejadian mak MY jatuh tu.
Alhamdulillah...
Dah dapat dua entry untuk bulan February 2025.
Terima kasih atas sokongan kawan-kawan blogger semua..
Semangat telah kembali membara... hahaha..
Semoga terus rajin lagi lepas ni... Aminn...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)