Dah habis musim orang upload gambar anak anak,
Barulah Mama Yan ada masa nak upload.
hehe..ketinggalan kapal sikit.
Tahun akademik 2024 Sarah tak naik pentas untuk anugerah kecemerlangan sebab Sarah dapat nombor 4.
Markah pun takde yang dapat markah penuh.
Yang ni dapat sijil Nilam aje.
Nilam dah tukar dari sistem Nilan Johor tu ke AINS.
bila dekat AINS, dia mula semula dari kosong.
Aril dapat sijil kehadiran penuh.
Tak dapat anugerah cemerlang pun takpe..
Yang penting anak anak sihat.
Tapi sesi akademik akan datang ni,
Aril naik kelas kedua selepas duduk kelas nombor tiga sejak dari darjah 1
Ucid dapat sijil kedatangan penuh dan anugerah markah tertinggi subjek RBT.
Tapi Ucid dapat nombor hujung-hujung aje.
Nasib baik tak turun kelas.
Ucid merangkak dari kelas nombor tiga,
kemudian kelas nombor dua,
lepas tu kelas nombor satu.
Jadinya dia ada kawan dari semua kelas.
Ditambah pula dia punya sifat yang mesra alam,
memang havoc la...
Adik Mijan pun dapat hadiah atas pentas juga,
Tapi takde gambar.
Takpelah, Masa Mijan masih panjang.
Walaupun anak anak MY bukanlah cemerlang dapat A berderet,
Tapi kerajinan dan kesungguhan mereka dah cukup buat Mama Yan bahagia.
Mudah mudahan mereka akan terus menjadi anak anak yang baik dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.. Aminnn
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)