Makan tengah hari di SDS Taman Universiti - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, February 24, 2025

Makan tengah hari di SDS Taman Universiti

Cerita dua ke tiga minggu lepas baru nak tulis,
Banyak sangat kejadian yang tak diingini sehingga mengganggu gugat mood yang sememangnya tengah tenggelam timbul.
Masa cuti sekolah hari tu,
Suami MY selalu je bawa anak-anak ke tempat pembinaan,
tapi duduk kat pejabat tapak aje la,
tak la bawa masuk ke dalam bangunana yang sedang dalam pembinaan tu,
kena saman kang,
satu hal,
kalau jadi apa apa kemalangan, lagi parah nak menjawab.
Bukan apa,
sebab kami tak bercuti ke mana mana cuti kali ni,
tu yang sesekali bawa ke tempat kerja aje.
Tak dapat nak cuti cuti la sebab ayah banyak kerja.

ambil gambar kenangan dari tepi pejabat tapak aje.
Lepas balik dari site,
kami pun bawa anak anak ni pergi makan.
Punyalah susah nak buat pilihan tempat makan.
Akhirnya diorang bertiga memilih SDS Taman Universiti untuk makan tengah hari


Makan tengah hari di SDS Taman Universiti
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...
Anak dara Mama Yan kalau makan makan sekarang ni,
Memang ambil gambar dulu dan upload di status whatsapp dia.
Masa cuti hari tu memang MY bagi je diorang main handphone.
Sekarang ni dah mula sekolah,
memang kena sita la handphone masing masing.

Makan tengah hari di SDS Taman Universiti
Ni hidangan pilihan Sarah.
Japanese Ramen namanya.
Siap ada taburan Bonito flakes atasnya.
Tengok macam megi biasa aje...
 

Makan tengah hari di SDS Taman Universiti
Ni hidangan pilihan Mama Yan.
Makanan MY ni namanya button mushroom crispy chicken chop.
Ia dihidangkan dengan potato wedges dan salad


Makan tengah hari di SDS Taman Universiti
portion ayamnya terlalu besar sampai terpaksa potong potong bagi anak anak sorang sikit.


Makan tengah hari di SDS Taman Universiti
Ni pula pilihan suami MY hari tu,
Curry chicken with nasi lemak


Ucid punya food.
Grilled chicken chop baked rice with cream sauce.
Dia kata sedap,
Tapi kalau Ucid ni,
mana pernah tak sedap,
Semua sedap.


Makan tengah hari di SDS Taman Universiti
Ucid bab makan memang champion.
Dah habis nasi dia ni,
Boleh lagi habiskan ramen kakak kembar dia.
Boleh lagi sambut chicken chop mama dia...

Baru perasan.
Food Aril takde dalam gambar.
Aril makan chicken grilled.
Alhamdulillah.. lepas dah kenyang,
singgah pejabat pula, tumpang solat dan suami ada benda nak kena tandatangan.
Kami tunggu ajelah kejap.

Anak anak Mama Yan suka sangat makan kat tempat macam ni.
Mama Yan dan suami pula suka restoran mak jah, Restoran lesung Ibu, restoran kat bus stand,
makan nasi campur...
Sejak dah tua tua ni,
suka makan yang simple aje,
tapi layankan tekak anak-anak terpaksalah ke sini.

Ini bukan review kedai makan ye...
Promosi pun jauh sekali.
Ini sekadar tulisan buat kenangan sahaja.








 

2 comments:

  1. Uishhh makanan semua sedap sedap... Okla ikut pi tmpt pembinaan sambil bergambar.. lepas tu lanje makan..

    ReplyDelete
  2. haha dah ada pelapis ye MY , aah sama kak ana pun bukan semua nak review kedai makan sangat sekadar nak kongsi mana yang sedap pada selera kita :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad