Singgah Makan Tengah Hari di Restoran Beriani & Salai, Taman Melati, Kuala Lumpur - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, February 22, 2025

Singgah Makan Tengah Hari di Restoran Beriani & Salai, Taman Melati, Kuala Lumpur

Hihh.. panjangnya tajuk...hahaha
Itu semua poyo...
Mama Yan dan keluarga singgah makan kat sini 2 minggu yang lalu.
Masa nak hantar Mak Mama Yan balik ke Raub.
Duduk rumah kami dalam sepuluh hari aje rasanya.
Lepas tu abah Mama Yan dah suruh hantar isterinya balik...
Hahaha...
tak boleh langsung orang nak manja manja dengan mak.
Hantar ajelahh...

Restoran Beriani & Salai Taman Melati
Model tidak memberi kerjasama yang baik nampaknya hari ni...
Mujurlah kedai ni ada ramp untuk tolak kerusi roda mak.
Tapi ramp nya agak curam juga..
berpeluh si abang menolak kerusi roda tok nek dia...haha
apa perkataan ramp dalam bahasa Melayu ye..
Jap nak tanya ChatGPT
Ohh dalam bahasa melayu:-
1. Lereng
2. Tanjakan
3. Landai
4. Jambatan kecil / cerun
Tapi memang biasa sebut ramp aje... 


Restoran Beriani & Salai Taman Melati
Kami order makanan hidang set kenduri.
Walaupun kami semua ada 9 orang, tapi order Set untuk 6 orang ni pun dah cukup dah.
Tambah je nasi untuk 2 orang lagi dan tambah ayam goreng lagi.
Air pula order air teh o ais satu jug, air untuk adik mijan dan air untuk mak sebab mak tak minum ais.

Restoran Beriani & Salai Taman Melati
Ayam goreng ni hidangan wajib kalau keluar makan.
Adik Mijan kan makan memilih sikit.
Daripada dia tantrum kat kedai makan,
Baiklah kita tackle dulu selera dia.

Restoran Beriani & Salai Taman Melati
Dalam set ni ada lauk daging salai masak lemak.
Ni makanan kegemaran Mama Yan.
Memang suka sangat.
Dan sebenarnya Mama Yan tak reti review makanan..
Selagi makanan tu tak mentah, tak masin macam lori garam tumpah,
Tak tawar macam air Sungai Pahang,
Kira sedap la tu.
masakan salai ni memang orang selalu buat pedas pedas sikit.
Kat restoran ni,
Masak lemak salai memang diorang punya signature dish la..
nama kedai pun beriani dan salai kannn...

Restoran Beriani & Salai Taman Melati
Sotong masak kicap ke sambal sotong ni?
Tengok kat menu tulis sambal sotong,
Tapi sumpah rasa dia macam sotong masak kicap.
tapi jangan risau.. habis..!
Mula mula ingatkan sotong dia liat..
Oo.. tak liat rupanya...
lembut aje.
Mak Mama Yan makan banyak sotong ni.
Baru je mak kata cerita, 
"Mak sekarang dah tak boleh sangat makan udang, sotong, ayam... Gatal gatal habis kulit mak ni"
Tapi MY tengok sedap aje mak makan,
takkan lah nak tegur pula.
spoil selera mak pula nanti...
Dah la jarang jarang dapat makan kat luar.

Restoran Beriani & Salai Taman Melati
Mama Yan panggil agar-agar,
Suami panggil lengkong.
Tapi rasa tetap sedap di tekak penghidap diabetes ni.
Suami yang sihat waalfiat tu,
pandang pun idok kuih muih macam ni.
Mama Yan dan mak beregu menghabiskan...hahaha...


Restoran Beriani & Salai Taman Melati
Ada kuih karipap dan bubur pulut hitam juga sebagai pencuci mulut dan tak habis.
Ada lagi lauk yang tak masuk dalam lensa kamera sebab,
Mama Yan bagi adik Mijan main handphone.
Gambar gambar yang ada ni dari handphone Aril,
Dia tak ambil semua gambar sebab suami suruh simpan handphone masa makan.
Mama Yan rasa nak beli kamera kompak satu la...

Restoran Beriani & Salai Taman Melati
'Saya menang motor"
hahaha... siapa ingat tu iklan apa..?
Ada cabutan bertuah.
Kalau MY dapat la...
Memang MY jual aje motor tu.
Sorry la nak bagi suami pergi ride naik motor dengan kawan kawan.
Anak kecik - kecik lagi..
Naik motor ni,
biarlah untuk perjalanan yang dekat dekat aje...
Kalau boleh dan kalau mampu,
Naiklah kereta.
Naik moto ni terlalu rapuh keselamatannya.
Ngeri nak bayangkan...

Lepas makan, Kami pun meneruskan perjalanan ke Raub.
Alhamdulillah...
Sampai dengan selamat.

 

8 comments:

  1. Sedap2 nampak semua makanan situ. Nanti boleh try. Betul tu kalau naik motor berisiko lagi tinggi dari kereta. Cie pun selalu fikir camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau sangat kalau suami pergi mana mana naik motor

      Delete
  2. Nampak sedap. Walaupun tak ambil gambar semua, tapi bila baca menu, memang berbaloi. Mak MY macam mana lepas makan tu, gatal² tak?

    ReplyDelete
  3. harga berbaloi dgn makanan tuk 6 even dimkn 8 org. nampak sedap juga

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.
    Hidangannya meriah, sedap-sedap lauknya.
    Betul MY, risiko menunggang motosikal berganda berbanding bawa kereta.

    ReplyDelete
  5. Meriah lauk pauknya, siap ada dessert bagai memang puashati la kan...
    Nanti bole pi try, dekat je dgn Sri Gombak ni

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad