Sup ekor untuk anak-anak - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, February 7, 2025

Sup ekor untuk anak-anak

Anak anak nak makan sup tulang,
Pergi cari tulang kat pasaraya Maslee,tapi takde tulang,
yang ada ekor aje,
Boleh la ye anak...
Sup ekor pun ekorlah ye...

Resepi Sup ekor

RESIPI SUP EKOR


Bahan-Bahan:

1 kg ekor lembu frozen yang siap dipotong
5 biji bawang merah kecil, tumbuk
5 ulas bawang putih, tumbuk
2 inci halia, diketuk
2 batang serai, diketuk
3 biji tomato, dibelah 4
3 sudu besar minyak masak
2 liter air
2 biji sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bung lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum cengkih
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Daun sup dan daun bawang untuk taburan


Cara-Cara Menyediakan:

Mula mula,
Rebus ekor lembu dalam air mendidih selama 10-15 minit untuk membuang kotoran dan darah. 
Setelah itu, toskan.

Kemudian,
Panaskan minyak dalam periuk besar, tumis bawang merah, bawang putih, halia, dan serai hingga wangi.
Bawang tu kalau kita nak hiris hiris je boleh juga,
Nak guna chopper pun boleh juga,
Tapi kalau blender, nanti berair dan lambat nak garing nanti
Tambahkan kulit rempah empat sekawan, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan bunga kawang.
Tumis seketika hingga semua rempah tercampur rata.
Kalau nak letak perencah sup boleh juga, tapi anak anak  Mama Yan tak suka sup yang pekat berempah 

Selepas itu:
Masukkan ekor lembu ke dalam periuk dan gaulkan sebentar dengan bahan tumis
Tambahkan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih. 
 Kecilkan api dan biarkan sup mendidih perlahan-lahan selama 1.5 hingga 2 jam atau sehingga ekor lembu menjadi empuk.
Kalau guna periuk tekanan, 
setkan kepada tekanan tinggi dalam 30 minit.

Perasakan Sup:
Setelah ekor lembu empuk, 
perasakan sup dengan garam dan MSG secukup rasa. 

Akhir sekali:
Masukkan tomato, dan daun sup.

Resepi Sup ekor
Bila nak hidangkan nanti,
barulah Mama Yan taburkan dengan bawang goreng pula.
Tapi gambar masa makan takde la pula...

Kalau nak letak kentang ke, 
Lobak merah ke,
celery ke.. sesuai juga..
Tapi takde mood nak campur menda lain..
Kita buat sup kosong aje lah ye...

Sebenarnya ni kali pertama masuk sup ekor sendiri.
Macam tak percaya pula.
Dah jadi mak mak ni,
Macam-macam masakan dah dicuba...
Tapi yang susah susah sangat memang tak la Mama Yan nak cuba...
Malassss. kurang rajin sikit la...
Panas duduk kat dapur lama-lama..hehe





 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad