Bako-bako Haji Olie Muar - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, March 25, 2025

Bako-bako Haji Olie Muar

 Cerita dah nak sebulan berlalu,
baru terhegeh-hegeh nak tulis dalam blog,
Ini kisah perjalanan kami balik ke kampung semasa cuti awal Ramadan yang lalu,
sebelum pulang ke Segamat,
 kami singgah di Muar melawat tapak projek yang sedang rancak.

Agak lama juga kami menunggu suami menghabiskan perbincangan bersama dengan team nya,
Sampai separuh kebuluran jugalah kami menunggu,
Selepas selesai perbincangan,
 kami pun pergi mencari tempat makan.
Suami bawa kami ke Restoran Bako-bako & Salai-salai Haji Olie,

Kedai makan konsep dia memang banyak lauk yang bakar-bakar,
Tapi ada juga masakan yang lain lain,
Suami MY bawa anak lelaki yang dah besar besar untuk ambil makanan.

bako bako Haji Olie Muar
Anak dah lagi tinggi dari ayahnya

Isteri dan anak perempuan dia duduk aje sambil selfie welfie.
Kat rumah kan isteri dia dah tolong masak dan hidang,
Kat kedai, biarlah mereka yang macho lagi gagah perkasa ni pula hidangkan puan permaisuri ni..

Air pula cuma ada air buah dan air masak sahaja,
Air buah oren, buah epal dan entah tak ingat apa lagi,
Yang menarik ianya boleh di'refill' unlimited . 
Tapi anak anak tak minat air buah la pulak

Masa kami sampai,
Dah tak banyak lauk pauk lagi dah
Sebab dah agak lewat untuk waktu makan tengahari,
Tapi masih ada lagi la…
Gambar tak banyak sebab Mama Yan bagi Mijan main handphone,
Dia dah penat, dan dah mula nak buat perangai,
Jadi gambar gambar banyak Mijan la yang tukang ambil.
Hasilnya…hmmm.. kelabu hasappp…
Tapi apa boleh buat.. layan aje la…

Gambar Mijan ambil.
Entah apa gambar yang dia ambil. 
Tak layan kang merajuk pula.


Bako-bako Haji Olie Muar
Mijan ambil gambar kakaknya,
Si Sarah pun dah macam mamanya sekarang ni,
Asal keluar pergi makan,
mesti ambil gambar makanan.

Bako-bako Haji Olie Muar
Banyak gambar gambar yang Mijan snap.
Layan aje laaa…


Bako-bako Haji Olie Muar
Ini kegemaran Mama Yan dan suami,
Tapi memang tak pernah la masak sendiri,
Tak pernah jumpa orang jual daging salai,
Kalau lalu Kuala Pilah,
Macam pernah nampak orang jual itik salai,
Tapi tak pernah berhenti pula kut kut ada jual daging salai.
Itik salai pun MY suka,
Tapi suami pula tak suka

Bako-bako Haji Olie Muar
Anak ketam goreng.
Suka pulak budak budak ni makan ketam goreng ni.
Kalau kat rumah memang tak pernah jumpa la lauk ni,
Sebab kalau beli ketam di pasar,
Mestilah kita pilih yang besar, yang berat dan padat isinya.
Memang takde la nak beli anak ketam.
Ketam pun tak masak goreng macam ni,
Selalu masak yang berkuah seperti sup dan masak lemak.


Bako-bako Haji Olie Muar
Hidangan berasaskan ayam adalah wajib walau di mana pun kita pergi makan.
Kat rumah pun,
Sepanjang bulan puasa ni,
Boleh kata hampir tiap hari lauk ayam.

Alhamdulillah… kenyang yang amat sangat masing masing..
Semua sedap lauk pauknya.
Mama Yan memang suka sangat lauk pauk salai dan bakar bakar macam ni..
Walaupun orang kata tak elok untuk kesihatan,
Tapi kita bukannya selalu makan macam ni,
Orang zaman purba kala pun,
Masak main panggang dan bakar aje…
sihat alhamdulillah masing masing.






1 comment:

  1. Samalah kita peminat bakar² dan salai². Okeylah tu, MY dah ada assistant ambilkan gambar makanan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad