Biskut Coklat Rice Viral 2025 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, March 26, 2025

Biskut Coklat Rice Viral 2025

Semalam Mama Yan buat kuih raya dua adunan terus.
Biskut coklat yang tengah viral di Facebook jadi pilihan MY,
Tapi macam biasala..
mana pernah taat pada resipi.

Dalam Facebook, macam kat atas ni la rupa dia.
Bukan main cantik dan comel lagi.
Tapi MY sejenis tak rajin,
Dah tahgu tak rajin,
Nak juga buat kuih raya,
Jadinya,
Memang MY buat kaedah yang lebih mudah la..
resipi adunannya sama..
Cuma berbeza dari segi rupa aje...

Resipi Biskut Chocolate Rice

 250 g mentega atau marjerin (MY guna Buttercup dalam tong)
1 biji telur kuning
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula kaster
1/2 cawan coklat cip
1 sudu kecil esen vanila

1/2 cawan serbuk koko

3 cawan tepung gandum (MY kurangkan kepada 2.5 cawan)


Hiasan:

Coklat masakan (MY guna Beryl's Coin)
Coklat urai

Cara Memasak:
1. Kacau butter, gula dan kuning telur sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanila
3. Kemudian masukkan serbuk koko dan tepung jagung

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Uli sebati sehingga tidak melekat di tangan.
Masukkan cip coklat
5. Bulat-bulatkan, masuk dalam paper cup dan bakar pada suhu 160°c selama 20 minit (ikut oven masing-masing)
6. Selepas biskut masak boleh lah hiaskan dengan coklat masakan yg dicairkan mnggunakan kaedah double boil atau microwave kemudian taburkan dengan coklat urai.

Biskut Coklat Rice Viral 2025
Sebelum bakar.
kihkihkih.. punyalah malas nak terap biskut satu persatu...

Biskut Coklat Rice Viral 2025
lepas bakar dia mengembang sikit.
siap ada seketul yang MY pecahkan sebab nak tengok dah masak ke belum.
Puasa kannn...

Biskut Coklat Rice Viral 2025
Lepas tuang coklat dan taburkan chocolate rice.
Bentuk paper cup dia agak huduh ye sebab MY guna paper cup tahun lepas yang tak habis,
dia dah kembang.

Sebenarnya bukannya rajin sangat nak buat kuih raya ni.
Tapi kita ni kan FOMO..
takut ketinggalan benda viral..kahkahkah...

Sudah tu, kena pula kita ni sentiasa berkejaran deagan masa,
mata asyik melingas aje tengok jam.
Sebab nak ambil Adik Mijan balik sekolah.

tapi kalau tak buat,
takkanlah takde kuih raya langsung kat rumah.
Nanti kalau anak anak nak bawa sekolah,
nak main tukar tukar kuih raya dengan kawan-kawan..
Takde kuih raya merajuk pula..hahaha..
Pastu nak bawa balik rumah mentua sikit,
rumah mak MY sikit...
Jadila kann...
buat rasa-rasa...
Tu yang buat juga tu...

Untung hidup zaman serba moden.
Resepi cari je kat internet,
kadang tak sempat cari,
hari hari dia melintas depan biji mata.
Jauh beza dengan zaman dulu,
Setiap kali nak buat kuih raya,
mak akan keluarkan buku resipi mak.
Salin resipi dari tv, salin dari surat khabar,
salin masa kelas masak anjuran Kemas,
Dah lama tak nampak buku resipi mak MY tu.
Tak tahu la ada lagi ke tak..

Kat rumah MY dah takde orang buat kuih raya.
Tinggal adik bongsu MY je kat rumah tu.
adik lelaki.. nak harapkan apa?
dia nak cuci lantai depan tu dah cukup baik dah..
Takyah la harap nak suruh dia buat kuih raya,
Goreng telur mata lembu pun belum tentu celik mata lembu tu...


3 comments:

  1. ada jugak ambik resipi ni hari tu tapi malas pulak nak buat. buat hat simple2 je. hihih

    ReplyDelete
  2. Wahhh...Derhaka pun masih nmpk sedap biskut tu sis =)

    ReplyDelete
  3. Mesti adik Mijan seronok balik sekolah tengok ada kuih raya coklat.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad