Mama Yan teringin nak makan seri muka,
Anak kembar MY pun suka juga kuih seri muka,
Anak kembar MY pun suka juga kuih seri muka,
Kalau Ucid, kuih seri muka tu,
Setakat satu bekas 5 pcs tu dia makan sekali lalu je,
Habis terus,
Kalau nak beli,
2 bekas pun belum tentu cukup,
Tu yang nak cuba buat sendiri.
Mama Yan pun mengembara dari satu blog ke satu blog,
Mencari resepi seri muka,
Dan MY pun terhenti di blog Che Nom,
Mama Yan pun mengembara dari satu blog ke satu blog,
Mencari resepi seri muka,
Dan MY pun terhenti di blog Che Nom,
Semangat ye nak buat seri muka,
Tengah tengah buat,
Baru teringat,
Mama Yan dah kehabisan pewarna hijau,
Yang ada setengah botol hari tu,
MY dah bagi Ucid bawa sekolah untuk subjek PSV,
Tapi tak sempat guna,
Botolnya jatuh kawan langgar,
Habis tumpah.
Geram aje maknya ni…
Dah bawa,
Cikgunya kata minggu ni tak pakai, buat dua part,
Minggu depan baru pakai..
Lahhh… dah bawa, dah tumpah,
Lepas tu tak jadi pakai,
Suruh lagi minggu hadapannya,
Betul punya cap duit mak ni,
Bebel pun tak guna.
Berbalik pada kuih seri muka tadi,
pewarna hijau takde,
Yang ada emulco pandan.
Boleh jugalah guna.
Tapi warnya tak terlalu pekat.
cerah dan pucat sahaja...
Mama Yan dah kukus sejam lebih tau,
Tapi bahagian atas kuih ni masih belum keras.
Dia jadi tergedik gedik gitu.
Dah berapa kali kena cucuk dengan lidi dah permukaannya.
Jadi macam apam pun iya juga...
naik semacam
Pastu MY angkat ajelah.
Aje kering tong gas Mama Yan kejap lagi kang.
Ohhh... bila dah sejuk...
dia dah turun semula.
dah tak tembun macam dalam kukus masih panas panas tadi.
Bahagian atas hijau tu,
rasa dia dah macam puding kukus dah...
sedap gak...
masuk dalam peti..
makan sejuk sejuk.
hahaha..
Tapi bahagian pulutnya tawar hebeh.
Jadi MY tak makan bahagian pulutnya,
makan yang hijau aje.
Lepas ni kena cari kat blog lain pula.
Tak kira..
nak juga buat sampai pandai...hahaha...
Agaknya bahagian atas tu memang gedik² kot.
ReplyDeletelinda buat, mesti berpisah atas dengan bawah tu...tak tahu lah kenapa
ReplyDeletecuba try kat Azie kitchen..MA selalu guna resepi2 kat sana, so far memang jadi..
ReplyDeleteala.. x cantik x pe..janji sedapp
Kalau nak kuih seri muka berseri2, tukang buatnya kena senyum manjang.
ReplyDelete