Majlis Berbuka Puasa Seri Wardati 2025 - aziankhalil.com

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, March 24, 2025

Majlis Berbuka Puasa Seri Wardati 2025

 Kelmarin syarikat kami buat majlis berbuka puasa di Pulai Spring Resort. 
Kami tak buat majlis private sebab berbuka buffet lagi best. 
Nak nak budak budak, memang suka sangat berbuka puasa buffet style.

Selain dari staff & keluarga, kami juga mempelawa beberapa klien dan subkontraktor kami.
 Alhamdulillah, semuanya bejalan lancar. 
Tapi family Wady terpaksa balik awal lepas anak bongsunya terkena alahan yang teruk. 
Semoga cepat sembuh Wafiy..

WhatsApp%20Image%202025-03-21%20at%2012.02.13%20PM
ini kali ke 3 kami buat majlis berbuka puasa syarikat di Pulai Spring ni,
Tahun depan dah boleh minta harga special kut...
Aktiviti sebegini bukanlah satu kewajipan,
Tapi ini antara cara menghargai usaha orang sekeliling kita yang sama sama berkerja keras,


WhatsApp%20Image%202025-03-22%20at%2011.22.21%20PM
Family Wady je takde dalam gambar.
InsyaAllah lain kali kita cuba dapatkan gambar yang elok sikit...
Anak masing masing dah merengek nak balik dah...
lighting yang suram kelam dan ada cahaya kat belakang,
memang failed habis gambar..


WhatsApp%20Image%202025-03-22%20at%2011.05.58%20PM
MY bersama mereka yang bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh tanggungjawab...


WhatsApp%20Image%202025-03-22%20at%2010.59.14%20PM
geng biru...
Aril awal awal dah ambil nasi penuh pinggan.
Lepas tu dah tak larat nak makan benda lain.
Ucid pula,
penuh strategi.
Mula mula shawarma,
lepas tu daging black paper,
lepas tu kepak ayam,
lepas tu oden tom yam,
murtabak, aiskrim,
durian goreng dan entah apa lagi la yang dia makan...
Yang best kat sini dia punya buffet style bazar.
banyak live station.
Kalau nak baca review buffet,
Boleh ke blog yang sesuai.
Blog MY ni sakai sikit.
MY tulis apa yang MY suka aje...

Okaylah.. MY nak buat kuih raya pula..
hari ni kan Johor cuti...
Sekian, wassalam










3 comments:

  1. latest

    sronok dpt berbuka puasa company anjurkan...mcm2 menu la dpt mkn tu

    ReplyDelete
  2. Kak%252BSeri

    Berbaloi bawa Ucid makan bufet kat Pulai Springs ni. Mesti Ucid survey betul² semua stall yang ada kat situ, hihi.

    ReplyDelete
  3. 20190927_082126

    Puan Boss muka serius no, seronok dapat buat majlis ini, sambil menghargai pekerja , kontraktor yang sesama bekerjasama kan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad