Menu buka puasa hari ke 5 tapi.
Hari ke 7 baru sempat muat naik ceritanya,
Begitulah seketul blogger suam suam air mata,
Menu berbuka puasa ke lima ialah nasi ayam, sup ayam dan ayam golek
MY Masak nasi ayam guna perencah nasi ayam segera,
Pastu masak sup kaki, kepak ayam dan leher ayam,
Kemudian,
Pergi bazar Ramadan,
Beli ayam golek seekor,
Dah selesai…
Pelaburan berharga RM30 seekor.
Habis sekali makan.
Hidup ini jangan kita persiakan dengan berlama lama di dapur setiap hari,
Mana yang kita boleh ringkaskan, kita ringkaskan.
Mungkin boleh masak lebih kemudian bekukan dalam peti ais untuk dimakan kemudian,
Atau siapkan bumbu masakan untuk kegunaan setiap hari,
Mama Yan terbaca di Facebook,
Tentang seorang wanita yang trauma setiap kali tibanya Ramadan,
Ia disebabkan budaya keluarga beliau yang menuntut anak perempuan masak dan mengemas setiap hari,
Siap dengan buat pencuci mulut berbuka, masak lauk pauk, hidang, mengemas, membasuh pinggan mangkuk,
Sehingga kepenatan yang amat sangat.
Trauma tu dia terbawa bawa sampai ke alam dewasa.
Syukurlah budaya keluarga suami Mama Yan lebih ringkas dan sederhana untuk berbuka puasa,
Alhamdulillah…
senang bila mana suami pun tak kisah bab makan berbuka ni,
Penat tak payah masak,
Rajin masak,
Tak reti masak, kita beli aje…
Kalau dah pergi bazar Ramadan,
Bawa pula anak anak,
Takkanlah bawa balik seekor ayam golek aje,
Mesti la ada hidangan sampingan lain.
Aril nak roti John… okay.. layannn…
Roti John ayam ni berharga RM10.
Sedap juga pada Mama Yan.
Isi ayamnya berketul ketul.
Pastu isi dia guna sayur kobis cina
Ala..kobis yang orang korea buat kimchi tu..
selalu jumpa guna hirisan kobis bulat.
Ni diaorang hiris tebal tebal pulak tu…
Krup krap krup krap bunyi bila makan.
Yang takde dalam gambar antaranya ialah donat sambal, roti jala dan apam puteri ayu.
Ucid beli donat sambal.
Kelakar je bila balik masing masing terkejut tanya kuih apa mama beli ni?
Mama: Ni donat sambal, Ucid yang pilih
Anak: Ish.. ish.. ish…Donat letak sambal, gula habis ke?
Mama: Hahaha… ni makanan tradisi orang Johor.
Korang jangan banyak komen.
Marah orang Johor nanti.
Kat Johor ni, memang banyak kuih muih yang disira sambal.
Donat sira sambal, popia sira sambal, kuih pagoda sira sambal, kuih siput sambal.
Mama kat Pahang dulu tak jumpa kuih muih bersira sambal ni.
Anak: Chupp… mama, sira tu apa?
Hahaha… wei penatla…
Dah la puasa,
Kita tengah sibuk hidang juadah berbuka,
Nak bersoal jawab pula dengan budak-budak ni…
Dah la hari tu Si Moq tanya,
Moq: Mama ada niat untuk cuti puasa tak tahun ni?
Malas nak layan,
MY jawab takde je…
Moq: Ohh… jadi Mama dah menopause la ye..
Patutla tahun lepas pun Moq tengok mama hari hari puasa…
Hahaha…
Weiiii… kita ni puasa ke tak puasa ke…
Tak makan pun kalau bulan puasa.
Takkanlah kita nak makan berhidang bersila bagai,
Sorok sorok la makan minum pun..
Alahai anak…
Lurus betul yang sorang tu.
Hari ni belum tahu la nak masak apa...
Bulan puasa ni tak rajin nak ambil gambar masak masak...
penatnya lain macam..
jadi apa adanya aje entrynya...
Sekian, wassalam
Petang ni saya plan nak buat nasi ayam.
ReplyDeleteSaya masak yang simple sahaja.
ReplyDeleteHahahha.. kelakar anak² MY ni. Sedapnya nasi ayam. Ayam skrg sekor RM30 ke? Mampuiii.
ReplyDeleteseekor RM30, klau beli half RM16.
DeleteCakap dengan Moq, niat cuti raya ada
ReplyDeleteSama-sama rewang kan best.
ReplyDeleteHaha kelakar la Moq 😆
ReplyDeletePH pun masak ringkas² je... Nak² skrg cuaca panas, x tahan nak berlama² di dapur
Hahahahahah saya tergelak baca soalan anak2 nih 🤣🤣🤣.
ReplyDeleteSaya setuju kak. Hidup jangan dibuat susah. Kalo nak menyusahkan diri, jangan pula suruh ahli keluarga lain melakukan. Lakukan sendiri. Bersyukur sangat keluarga suami pun santai dan tidak pernah mempermasalahkan saya bisa masak atau tidak. Yg penting anak mereka happy 😄
ok je..sesekali gantung kuali..relax skt..
ReplyDeletenampak sedap la plak ayam goleknya tu