Pill box - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, March 4, 2025

Pill box

Bekas untuk letak pil ni Mama Yan beli di Shopee dengan harga RM6.50 sahaja.
MY beli dua kotak.
Satu untuk MY,
satu lagi untuk mak MY.

MY beli sebab masa mak MY ada kat rumah hari tu,
nampak macam susahnya mak nak makan ubat.
setiap kali nak makan,
setiap kali tu la mak kena tengok nama ubat dan
waktu makan ubat tu.
Oleh kerana mak kena makan ubat 4 kali sehari,
MY beli la yang 28 grids.
4 kali sehari makan x 7 hari seminggu.
Seminggu sekali kena la susun ubat dalam tu.

Mama Yan dan mak, timing makan ubat sama...
-30 minit Sebelum sarapan pagi,
-Selepas sarapan pagi
-sebelum makan malam 
-sebelum tidur

Jadi MY dah ajar la mak macam mana nak guna dan susun ubat.
Sebenarnya, kita tak digalakkan untuk buat macam ni...
kalau buat pun,
tak perlu keluarkan ubat untuk elakkan pencemaran silang.
Tapi takpelah...
daripada mak salah makan ubat.
bukannya untuk sebulan pun...

Mama Yan asalnya makan 4 kali sehari,
Tapi lepas jumpa doktor paling latest hari tu,
doktor ada tukar ubat.
Jadinya, ubat sebelum makan malam tak perlu ambil,
cuma tambah dos pagi sahaja.
Okay.. mana mana lah.
Asalkan tak cucuk insulin sudah.
MY tak takut jarum pun sebenarnya,
Tapi memang taknak gunakan insulim.

Apalah kan Mama Yan ni...
sebaya aje dengan Song Hye-kyo dan Jang Nara,
Tapi ubat ubatan dah penuh setepak.
Diorang masih cun melecun, ramping dan berseri seri lagi.
Nak kena diet ekstrim macam artir Korea la kut..
Baru sihat dan cantik.

Mudah-mudahan bulan Ramadan tahun ni memberikan kesihatan yang berganda kepada MY.
Selain dari dapat pahala puasa,
dapat juga jaga kesihatan.
Ehh? semalam dah kantoi sehari...
Pagi pagi dah muntah gastrik..
Sampai ke petang muntah dan sendawa angin disertai pedih ulu hati...
Sempat la suami usik,
"Pregnant lagi ke?"
Memang kena jelingan makrifat la kannn...hahaha



 

8 comments:

  1. Salam ramadhan, semoga sihat dan boleh menjalani ibadah puasa dengan baik.

    ReplyDelete
  2. Suami kita guna pill box jugak. Kitalah yg menyusun nya seminggu dan dua minggu sekali. Kadang, terfikir jugak pasal pencemaran silang tu tapi nampaknya dah beberapa tahun okey² sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum susun ubat, cuci tangan bersih bersih.. hal yang lain, kita berserah aje

      Delete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad