Takde apa nak cerita hari Ahad,
Biasanya hari Ahad pengunjung blog pun suram lagi kelam,
nak nak minggu ni banyak jemputan kahwin la,
rumah terbuka Aidil Fitri la, pergi beraya la...
Jadi orang memang tak buka blog hujung minggu bulan Syawal ni.
Kalau buka pun,
mesti nak cari resipi masak ketupat guna periuk Noxxa.. Kwakwakwaa
Tahun ni,
Kami bagi kain pelikat dan kain batik yang dibeli di Mydin sahaja sebagai buah tangan raya,
Tak tahu nak bagi apa,
Tahun depan kena cari supplier kuih raya awal sikit kut.
Kita bagi kuih raya pula agaknya
Ini adalah pemandangan di Plaza Tol Bentong ketika kami hendak pulang beraya di Pahang.
Kami yang menghala ke Pantai Tinur santai santai aje sebab jalan agak lengang,
Nak slow boleh, nak pecut boleh.
Tapi yang menghala keluar Pantai Timur,
Fuhhh…. Sesak lagi mampat aliran trafiknya…
Sebelum check out,
Lepas kemas lebih kurang di homestay tempat kami bermalam di Raub,
MY tinggalkan duit raya untuk anak tuan punya homestay tu,
Sebagai tanda terima kasih kerana sangat berpuas hati dengan rumah tu,
Tahun depan kita cuba untuk bermalam lagi di sana.
Cantik pula bunga dalam pasu ni,
Berkobar kobar MY nak gubah bunga kat rumah sendiri pasni…
Ini pula kisah perjalanan kami pulang ke rumah sendiri.
Kami turun di Tol Kulai,
Kemudian ikut jalan Gunung Pulai yang gelap dan berliku liku tu.
Boleh pula dalam gelap tu ada seekor lembu tengah-tengah jalan.
Mujurlah suami memandu tidak terlalu laju,
Lampu kereta pun agak terang benderang.
Lembu tu mematungkan diri di tengah jalan ye…
Kami pun elak aje lah…
Kemudian dim lampu kat orang depan sebagai warning.
Cantik tak?
MY order ni di Shopee untuk majlis perkahwinan salah seorang teman serumah masa student dulu.
Mula mula kawan serumah ajak pakai sama sama
Tapi takde saiz yang cukup pula.
Dapat lagi sepasang baju raya MY tahun ni.. yeayy
Hehehe…
Kain dia sama dengan baju raya MY tahun lepas,
Cuma baju raya tahun lepas tu warna merah hati.
MY beli di Angsana dengan harga hampir dua ratus ringgit ya.
Kali bi beli di shoppee lebih kurang dalam RM80 tak termasuk postage.
Mahal betul baju raya kat Angsana.
Tak tahu la siapa yang kaya,
Peniaga atau pemilik Angsana..hahaha
Cantik baju tu...
ReplyDeleteSbb tu ramai org pilih beli online kan, harga kadang jauh lebih murah. Cuma PH suka beli di kedai sbb jenis suka acu dulu di badan.
Bagus MY tinggalkan duit raya utk anak owner hstay, lepas ni nak tiru la :)
Hehe petang ni nak masak ketupat dalam Noxxa. Sikit lagi nak gugel.
ReplyDelete