Hujung minggu lepas kami nak pergi beraya ke rumah kawan yang terletak di Taman Universiti, Skudai
Alang-alang tu, singgahlah menjengah rumah lama kami yang terletak di belakang rumah kawan tu.
Lagipun memang dah lama nak tengok sejak sorang anak buah kami berhenti kerja pertengahan bulan lepas.
Asalnya ada dua orang tinggal kat rumah ni,
Sorang kena jaga projek kat luar daerah JB,
so dia dah lama tak duduk rumah tu.
Ketika sampai, bahagian car porch rumah tu bersepah dah macam bengkel motor,
itu tak kisahlah,
Biasalah lelaki bujang,
Bila masuk bahagian ruang tamu,
okey lagi,
Sepah sikit-sikit takpe.
Masih normal
Tapi bila pergi ke dapur, Masya-Allah...
Terkejut besar Mama Yan,
Betul-betul punya terkejut,
Najis tikus bersepah-sepah atas lantai di setiap penjuru penjuru dapur,
Pintu dapur berlubang, jadi mungkin dari situlah tikus masuk ke dalam rumah,
Masalahnya kenapa tak bagitahu kami ada masalah tikus di rumah,
Kenapa biarkan?
Mulut ada kan...buat hiasan aje ke?
Kalau tak boleh cakap tulis la kat whatsapp..
Yang penting inform..
Supaya kita boleh ambil tindakan sama sama,
Tak tahulah nak cakap budak-budak sekarang,
Ini bukan masalah introvert, apa anxiety, genZ lagi dah..
Ini masalah bangang tak bertempat.
Hari-hari kut guna dapur tu untuk memasak dan memanaskan makanan,
Boleh ya berselera makan dan memasak dengan tahi tikus bersepah sepah merata..
Tak geli ke?
Tak takut penyakit ke?
Nasib baik tak kena penyakit kencing tikus,
Kalau tidak mati katak aje...
eh bukan mati katak mati tikus aje...
Ni kawasan tepi singki sebelah tong gas..
Situlah tong sampah..
Situlah taik tikus bersepah...
Yang ni pula belakang pintu dapur berhampiran dengan mesin basuh
Pintu dah rosak kena hujan,
Berlubang.
Sepatutnya bagitahulah kami apa masalah yang ada...
Bolehlah kita cari penyelesaian.
beli racun tikus ke,
perangkap tikus ke,
repair atau ganti pintu baru ke...
Ini pula peti ais cuba tengok tepi peti ais
Tebal seinci dah taik tikus tu..
Ni bukan hasil sebulan punya najis ni...
Dalam peti ais tu taruk barang makan...
Tepi peti ais... taik tebal sampai macam tu sekali..
Apa ke pengotor sangat budak ni??
Yang ni pula dalam kabinet atas dapur,
ada gula beberapa paket duduk situ dah bertahun-tahun takkanlah langsung tak tengok.
Gula tu sampai penuh semut macam tu sekali.
Yang ni pula dalam kabinet bawah singki tak tahulah apa dah jadi kat bawah ni,
Sungguh menggelikan
Nasib baiklah tingkat atas masih bersih,
Mama Yan datang nak tukar sarung kusyen je sebenarnya,
Tengok atas kerusi,
Siap ada sekotak buah limau yang kami beri ketika sambutan tahun baru Cina,
Limau tu supplier bagi banyak, jadi kami bagi staf seorang satu kotak,
Boleh pulalah limau tu dia letak atas kusyen sampai busuk berair limau tu atas kusyen.
Macam memang minta maki aje kan??
Sungguh tak faham.
Kita bagi kerja,
Kita bagi kemudahan tempat tinggal,
Rumah lengkap dengan TV, peti ais, mesin basuh, dapur, tilam bantal...
Kemudahan air dan elektrik percuma,
Cubalah hargai dengan molek.
Entahlah tak tahu nak cakap macam mana..
Kita memang tak boleh nak harapkan orang untuk menjaga harta benda kita..
Ikutkan hati memang rasa nak menangis..
Tapi malaslah nak bazirkan air mata..
Tenang tenang aje sudah,
Tapi membebel dan menulis dalam blog tu wajib la ye.
Kut ada family yang nak baca...
Silalah baca..
Mama Yan dah buat yang terbaik untuk meladeni anak anak saudara sebelah suami ni.
tapi mereka yang taknak hargai peluang.
Jangan lepas ni takde peluang diberikan lagi dah...
Tengoklah hujung hujung minggu ni baru nak datang cuci rumah.
Masalahnya najis tikus tu dah tak boleh sapu gitu-gitu dan mop.
Perlu pakai penyodok sebab dah tebal sangat.
kena cuci terus lantainya guna air dan sabun.
Pinggan mangkuk pun kena humban je semua tu.
Entahlah tak tahu nak cakap apa lagi
Rasa terkilan dan sakit hati yang amat sangat bila peluang yang orang bagi tak dihargai langsung,
Bukan setakat buat onar di pejabat,
buat onar dalam keluarga,
buat onar juga di rumah tempat tinggal percuma,
Dahlah malas dah nak cerita cerita makin panas jadinya.
Gila!!
Adoyai. Kawan yg seketul lagi tu masih tinggal disitu la ek? Ini mmg kene buat deep cleaning ni nak hilangkan bau, biar cikti tu x dtg lagi.
ReplyDeleteTu yg malas berurusan dgn sedara mara. Karang ada pulak kata kita ni x boleh tolak ansur padahal yg diberi peluang tu tak reti nak appreciate. Penah juga kene camni
Ya Allahhhhh!! Tak sensitif langsung ke dengan tahi tikus? Kita tengok dua tiga keul jer dah cuak.
ReplyDeleteMasyaAllah...kalo saya x tahu nak cakap apa dah...
ReplyDeleteAlamak..Susah jgk ni...Nk mengemas tu mau mkn masa seharian...
ReplyDeleteKita tengok memang rasa remuk hati kan, kita bagi elok bila jenguk terbiar gitu. Kalau sikit takpe ni sampai begitu sekali banyak tahi tikus, Kalau rumah kosong lain la cerita. Ini ada orang tapi tak dihargai. Geram pulak lahai....
ReplyDeleteJenuh nak menyental kalau macam ni...
ReplyDeleteYang membaca ni pun rasa marah ni haa
ReplyDeleteeish...kita pulak yang geram membaca...dah bagi tempat tinggal, cnfrm tak kena bayar...memang take for granted je nie...kalau dah bermasalah di mana2, letgo je..kita pun ada benda kena jaga selain persaudaraan...bukan lah kata nak buang saudara, tapi kalau dah macam nie...emmm
ReplyDeleteSpeechless 😶
ReplyDeleteBerat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Semoga dipermudahkan urusan MY nak bersihkan rumah ni.
Semoga tabah dengan dugaan macam ni. Saya tengok gambar pun geli-geleman. Tu belum tengok depan-depan lagi.
ReplyDeleteAduhai..kalau Kak SA pun sama gak...memang x dapat la nak bagi muka macam ni..htr semua gambar tu kat dia..lepas ni kena kosongkan rumah tu atau sewakan kat orang lain je la
ReplyDeleteAstaghfirullah.... Kok betah yaaa Orang2 yg jorok begini? Saya lihat kamar berantakan aja LGS tak nak tidur, ini pula tai tikus 😱😱😱😱😱. Tak paham. Lagian itu bau kan. Tak tercium kah.
ReplyDeleteMemang tak akan saya bagi kesempatan lagi utk yg begini kak. Hancur rumah lama2.
Ini sekedar cerita. Baru2 ini teman saya rumahnya kebakaran. Rumah itu disewa ke orang lain. Saat kebakaran si penyewa tak ada ditempat. Untung LGS ketahuan dengan Jiran. Api bisa padam cepat.
Tapiii saat dibuka pintu rumah, ya Allah, ternyata dia HOARDING DISORDER. Kakak ketik lah di google, lihat foto2 dari rumah org yg mengidap hoarding disorder, macam itulah dia buat rumah teman saya. Tak heran kebakaran.teman saya sampai menangis bukan Krn rumahnya kebakaran, tp melihat sesaknya barang sampai tak bisa lewat . LGS putus kontrak, dia suruh ganti rugi juga
Aduhaiii sakit mata bila tgk mcm tu.. patut kena bagitau.. bukan masalah org lelaki hujang.. ini perangai.. kebersihan tu kan separuh dari iman... Sabar jer lah..
ReplyDeleteAduhaiii..tengok gambar pun kita dah geli. Inikan tengok secara dekat. Pergi manalah common sense mereka tentang kebersihan tu ye. Pelik dengan manusia yang boleh hidup dalam keadaan kotor macam ni.
ReplyDeleteAdoi...tengok gambar-gambar pun udah buat kita geli geleman. Elok pula deme menghirup udara yang disertai dengan aroma tahi tikus ni ye. Haish la..
ReplyDelete